Pages

Ads 468x60px

Search

Kata Apa Saja


ShoutMix chat widget

Tajuk Popular

Terkini Di Komen

Unique User

Stats



Saturday, September 5, 2009

(Celcom Broadband Speedtest) Taman Temerloh Jaya

Berikut adalah speedtest untuk pengguna celcom broadband prepaid. Speedtest ini saya lakukan di Taman Temerloh Jaya, Temerloh, Pahang.



Speedtest dilakukan pada jam 5.00 petang, 5 sept 2009.

Wednesday, July 29, 2009

Editing Lebih Mudah Dengan PhotoScape



Selama ini saya tidak pernah tahu pun ada perisian percuma yang bernama PhotoScape ni. Punya lah "katak di bawah tanah" saya ni. Apa yang saya tahu jika nak edit gambar dengan mudah saya perlu guna Photoshop. Tu pun tak mudah mana sebab kalau sesiapa yang mula-mula berkenalan dengan Photoshop ni mmg terkebil-kebil lah tengok segala macam menu yang ada (saya pun beli buku untuk belajar).

Semalam semasa singgah di blog Rjuna dan baru saya tau perisian PhothoScape ni dapat memudahkan kerja editing gambar saya. Sampai sekarang saya masih tidak tahu macam mana nak hasilkan kesan fhoto lama menggunakan Photoshop tetapi semalam saya dapat buat dengan PhotoScape. Tidak perlu pening kepala, cuma gunakan filter antique photo dan semua selesai. Nak buat animated banner/ button pon tidak sesusah yang saya fikirkan. Dalam masa tak sampai 10 minit satu button untuk blog sudah berjaya saya hasilkan (sila lihat di sidebar kanan).

Jika anda ingin mencuba PhotoScape ini bolehlah ke laman rasminya di www.photoscape.org dan muat turun perisian ini dengan percuma. Anda pasti suka dengan kepelbagaian perisian percuma ini.

Ps: Gambar untuk entri ini juga diedit menggunakan PhotoScape ^^ .

Monday, July 20, 2009

Panda Cloud AV Sudah Keluar Dari BETA



Nampaknya Panda Cloud sudah pun keluar dari versi BETA dan sekarang ia sudah full version. Jika anda yang sedang menggunakan Panda Cloud versi BETA ikon antivirus ini sudah pun ditandakan dengan pangkah dan ia akan menyuruh kita updrade ke versi penuh bila kita klik ikon tersebut. Jadi, apa tunggu lagi. Jom kita download versi penuh.

Download [Link laman rasmi Panda Cloud]

Wednesday, July 1, 2009

Firefox 3.5 Sudah Boleh DiMuat Turun



Semalam Firefox 3.5 telah pun dilepaskan untuk dimuat turun oleh sesiapa saja. Saya sendiri baru hari ini memasangnya di komputer dan masih dalam proses untuk melihat apa bezanya dengan versi yang sebelum ini.

Download Firefox 3.5 [Link]

Tuesday, June 30, 2009

Network Card Disable

Salam,
Memang sudah menjadi kebiasaan bila satu komputer digunakan oleh ramai orang pasti komputer tersebut akan meragam dengan pelbagai karenah. Kebiasaan yang user perpustakaan adukan kepada saya ialah internet mereka tidak dapat membuat sambungan (connection). Jadi mereka tidak dapat untuk melayari laman web kegemaran.

Banyak sebab mengapa internet tidak boleh membuat sambungan ni. Apa yang ingin dikongsikan hari ini ialah salah satu sebab masalah ini iaitu "Network Card Disable". Sebenarnya ini masalah senang dan nak selesaikannya pun tak sampai 1 minit. Tetapi, itu bagi yang tahu. Bagi yang tidak tahu pasti akan ke kedai komputer untuk menyelesaikan masalah enteng ini dan tokei kedai komputer akan mengenakan caj yang tidak munasarawak sambil tersenyum lebar.

OK. Nak enable kan semula senang sahaja. Ikut saja step di bawah:


1) Klik START

2) Ambil CONTROL PANEL

3) Plih NETWORK CONNECTIONS. Anda akan dapat lihat ikon LAN (Local Area Connection) di situ.



4) Halakan penunjuk tetikus anda kepada ikon LAN dan klik kanan pada tetikus anda. Pilih "Enable" dan selesai. Komputer anda pasti boleh melayari internet semula selepas itu.

Monday, June 29, 2009

Bersihkan Junk File Komputer Anda dengan CCleaner


Kebanyakan dari kita tidak sedar yang komputer kita menyimpan setiap data daripada internet (cookies) setiap kali kita melayarinya. Tujuan ia disimpan adalah supaya apabila kita melayari lawan web yang pernah kita layari sebelum ini ianya menjadi lebih mudah dan cepat untuk laman web tersebut loading. Tetapi, apa yang kita tidak tahu ianya akan menjadi semakin banyak dan lama-lama komputer kita akan penuh dengan fail sampah (junk file) yang jika kita buang pun tidak menjadi masalah sebenarnya.

Jadi, untuk menyelesaikan masalah ini satu perisian percuma yang boleh kita gunakan ialah CCleaner. Ianya mudah digunakan dan semestinya percuma. Maka ianya sesuai dijadikan perisian wajib pasang (install) setiap kali anda selesai format komputer.

Laman web CCleaner [link]
Download [link]

Monday, June 22, 2009

PC Fair 09


Nampaknya PC Fair 2009 sudah makin hampir. Marilah kita kumpul duit untuk borong barang komputer ^^.

31 July – 2 August 2009 (11:00am – 9:00pm)
KL Convention Centre, Kuala Lumpur
Village Mall, Sungai Petani – Kedah
Dewan Perbandaran Taiping – Perak
Batu Pahat Mall, Batu Pahat – Johor

7 August – 9 August 2009 (11:00am – 9:00pm)
Penang International Sports Arena, Penang
Mahkota Parade Melaka, Melaka
Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu – Sabah
Berjaya Megamall, Kuantan – Pahang

13 August – 15 August 2009 (11:00am – 9:00pm)
KB Mall, Kota Bharu – Kelantan
Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu – Terengganu

14 August – 16 August 2009 (11:00am – 9:00pm)
Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru
Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak

Potong mp3 Anda Dengan mp3 Direct Cut



Satu lagi perisian percuma untuk kita gunakan. Namanya mp3 Direct Cut dan ianya sangat bagus untuk memendekkan lagu mp3 kegemaran bagi tujuan menjadikannya nada dering terbaek handphone kita. So, apa lagi. Jom sedut! ^^

mp3 Direct Cut 2.11 [Download]

Friday, June 19, 2009

Masalah Tiada Paparan Pada Monitor

Salam,

Saya pasti ramai diantara korang semua yang pernah menghadapi masalah bila on je PC tapi display tak keluar. Pendek kata takde keluar gambar apa² pon di monitor korang. Memang masalah ni la yang biasa saya hadapi masa praktikal kat kedai komputer dulu. OK. Bila jadi mcm ni ada beberapa step yang korang semua boleh buat sebelum korang boleh ambil keputusan untuk hantar ke kedai komputer. Sekurang²nya kalau cara ni leh selesaikan masalah ni tak payah le nak keluar duit hantar kat kedai.

1. Periksa sama ada monitor korang tu ada power ke tak. Nak tau senang je. Tekan butang on di monitor korang tu. Kalau lampu kat sebelah butang tu menyala maknanya ok le monitor tu. Kalau tak menyala cek sama ada korang dah on suis ke belum. Kalau suis dah on tapi lampu pada monitor korang tak menyala gak cek pulak kabel power yang menyambungkan monitor ngan suis tadi. Cuba tukar dengan kabel power lain (kalau ade la. Pinjam kejap kabel power PC pon boleh gak kalo nak test). Kalo tak boleh juga maknanya monitor korang tu ada masalah la n hantar le ke kedai utk repair.

2. Kalau monitor ok tapi masih takde display ada beberapa kemungkinan. Pertama mungkin RAM problem. Kedua bagi yang guna display onboard (tak guna display card) mungkin port display di motherboard tu problem dan ketiga bagi yang guna display card plak mungkin display card tu problem. So, kita kena periksa semua kemungkinan ni.

3. Untuk RAM, cabut RAM tu dan gosok kakinya yang berwarna emas tu dengan menggunakan pemadam. Biasanya RAM ni jarang orang buka jadi kakinya dah diselaputi habuk. Bila habuk dah banyak melekat dekat kaki RAM tu komputer tak dapat nak detect RAM tu. Lepas dah gosok sampai bersih kaki RAM tu pasang semua RAM di slotnya tadi dan cuba onkan PC. InsyaAllah kalau itu masalahnya, display akan kelihatan seperti biasa.Kalau display tak keluar juga, cuba tukar RAM tadi ke slot yang lain yang masih kosong. Kadang² slot problem juga boleh menyebabkan RAM tak detect. Tapi perlu diingat, semasa membersihkan kaki RAM tu tangan janganlah sentuh kaki emas RAM tu. Takut rosak pulak RAM tu.

4. Untuk yang menggunakan display card, kalau langkah 3 tak jadi juga korang leh lah buat langkah 3 dekat display card korang. Bersihkan kaki emas display card tu. Mungkin dah lama tak servis habuk pon dah berlambak dlm PC korang. Kalau tak jalan jugak mungkin display card tu rosak dan kenalah beli display card baru.

5. Kalau yang guna display di motherboard jalan penyelasaiannya beli lah display card dan pasanglah di slot PCI atau AGP korang. InsyaAllah akan ada display semula. Kalao takde slot² tu kena la beli motherboard baru.

Jika semua langkah diatas korang dah buat tapi tak keluar display jugak, bawa lah komputer korang ke klinik komputer yang berhampiran untuk diperiksa oleh dokter yang lebih pakar.

Saya harap ilmu saya yang sikit ni dapat le membantu korang kalau masalah ni terjadi. Jika ada sebarang kekurangan saya mohon maaf kerana saya juga masih dalam proses belajar. Kalau sesiapa ada cara yang lain leh le kongsikan kat sini ye. Kalau ada masalah komputer yang lain pon leh le diutarakan di sini. Apa yang dapat saya bantu akan saya bantu

Buat Icon Anda Sendiri


Mahu membuat icon untuk shortcut desktop anda sendiri? Jom ikut langkah-langkah berikut:

1) Masuk ke laman web Bradicon.

2) Klik Browse untuk memilih sebarang imej yang anda kehendaki bagi dijadikan icon.


3) Tunggu imej anda tadi ditukar kepada format icon (.Ico)


4) Akhir sekali download icon anda setelah proses penukaran siap.


Sekarang boleh lah anda gunakan icon yang sudah siap tadi untuk shortcut anda ^^ .

Ps: Terima kasih kepada www.anewmorning.com untuk info ini.

Melayari Internet Lebih Mudah Dengan Musang Berapi (Firefox)


Image from google

salam,
Saya lihat di perpustakaan-perpustakaan yang saya jaga mereka masih lagi menggunakan Internet Explorer (IE) yang mana bagi saya melambatkan kita untuk melayari laman web kegemaran. Mana tidaknya, kelajuan internet di perpustakaan (yang menggunakan VSAT) tersebut sangat lah perlahan dan IE membuatkan mereka menunggu lebih lama untuk satu-satu muka laman web tersebut dipaparkan. Ini adalah kerana IE akan memaparkan satu-satu muka laman web tersebut sekaligus tidak seperti Firefox.

Jadi, sekarang ni marilah kita bertukar kepada Firefox dan lupakan IE. Huhuhu ^^. Dengan Firefox masa kita dapat dijimatkan dan sekuritinya lebih terjamin :D .

Jom Firefox! [DOWNLOAD]

Menyalin Fail Lebih Cepat Dengan Teracopy



Salam,
Kebiasaannya kita perlu menunggu lama untuk menyalin sesuatu fail, aplikasi dan video yang bersaiz besar. Mungkin berminit-minit untuk salin satu video ke dalam pendrive atau komputer kita. Dengan aplikasi Teracopy ini ia mempercepatkan proses penyalinan fail berkali-kali ganda daripada biasa. Jadi, tidak perlu bazir masa untuk menunggu data kita disalin. Aplikasi ini juga sangatlah kecil saiznya dan tidak memakan ruang yang banyak untuk kita install.

Teracopy 1.22 [DOWNLOAD]

Thursday, June 18, 2009

Update Speedtest Celcom Boradband di Temerloh, Pahang


Kelajuan Celcom Broadband Basic


Kelajuan Celcom Broadband Advance

Saya selalu masuk ke laman web Celcom Broadband untuk melihat adakah Temerloh kini sudah dilitupi gelombang 3G ke belum tetapi Celcom nampaknya masih tidak update laman web mereka. Hari ini dengan rasminya saya nak hebahkan yang Celcom Broadband di Temerloh sudah pun sampai pada tahap kelajuan 3GX (HSDPA) 2.66 Mbps (speedtest pada 6 Jun 09). So, anda-anda yang ada kerja di Temerloh tak payah la risau jika susah nak submit kerja melalui email jika anda kena outstation ke sini ya ^^.

Kaspersky Virus Removal Tool

salam,

Bagi sesiapa yang punya sambungan internet yang laju boleh lah cuba guna antivirus Kaspersky Virus Removal Tool ini. Ianya PERCUMA sama seperti Panda Cloud yang saya ceritakan di dalam entri yang lepas. Apa yang agak leceh sedikit berbanding Panda Cloud ianya hanya boleh digunakan pada hari ianya dimuat turun sahaja. Maksudnya hari ni download hari ni terus guna. Esok kalau nak scan virus kena lah download semula.

Setakat ini saya berpuas hati lah bila menggunakan AV ini. Terasa seperti menggunakan AV Kaspersky yang berbayar sebab semua virus yang ada di dalam komputer saya dia boleh kesan sama seperti ketika saya guna AV Kaspersky berbayar dulu.




Klik SINI untuk download.

Memberi Kesan Dramatik Pada Fhoto


Gambar sebelum proses editing.


Gambar selepas proses editing.

Berminat ingin menghasilkan kesan dramatik ini pada fhoto anda? Boleh lah belajar daripada tutorial ini ^^.

Ps: Terima kasih Chot untuk tutorial yang menarik ini.

Edit Gambar Lama dengan Photoshop

Salam,

Sebelum itu, saya sebenarnya bukan lah seorang yang pakar dalam teknik Photoshop ni. Cuma ini sedikit ilmu yang saya dapat dari pembacaan dan rakan-rakan yang dah otai dalam PS ni. Teknik yang saya nak ajar ni adalah lebih kepada teknik CUBA JAYA atau TRY N ERROR. Jika ada sesiapa yang membaca tuto ini dan mempunyai teknik yang lebih best dan simple untuk mendapatkan hasil yang sama boleh lah berkongsi dengan saya ye =) . Tuto ini berkaitan dengan entri saya beberapa hari lepas berkenaan Hasil Edit Gambar Lama Guna Kedaifoto Adobe (Adobe Photoshop). Mula-mula ingat tak nak buat tuto sebab segan pun ada tapi bila dah ada yang request kena lah saya buat juga sebab ilmu memang untuk dikongsi walaupun sedikit.

Apa yang saya buat ialah:

1) Buka gambar yang telah discan.
2) Klik Image > Auto Color.

1

Hasilnya gambar anda yang pudar dan sewarna tadi akan bertukar menjadi lebih berwarna warni dengan warna asal fhoto. Tetapi ingin saya nyatakan di sini tidak semua gambar lama akan menunjukkan warna asal selepas kita buat Auto Color ini.

1-1

3) Klik Image > Adjustment > Shadows/Highlights. Teknik ini boleh menerangkan sedikit background gambar yang agak gelap. Jadi anda boleh lah set Shadows atau Highlights untuk gambar anda mengikut kesesuaian fhoto anda.

2
3

4) Untuk menambah cantikkan gambar lama ni, kita boleh tambahkan sedikit Contrast bagi menyerlahkan lagi warna yang apa pada gambar ini. Hanya perlu klik Image > Adjustment > Brightness/Contrast. Set mengikut kesesuaian fhoto anda.

4

5) Untuk menghijaukan lagi warna daun di dalam gambar itu saya suka gunakan Vibrance. Caranya klik Image > Adjustment > Vibrance. Anda boleh set Vibrance dan Suration mengikut kesesuaian fhoto anda.

Itu saja lah yang saya buat untuk edit gambar lama ayah tu. Sesiapa yang ada teknik yang lagi mantop boleh le kongsi =) .

Panda Clouds Free Antivirus

Sejak saya bekerja kendalikan projek KTAK-USP ni user selalu mengadu yang mereka tidak dapat untuk membuang virus-virus yang terdapat di dalam pendrive masing-masing kerana antivirus Symantec yang diberikan untuk projek ini hanya dapat kesan virus dan kuarantin. Ianya tidak boleh disembuhkan atau dibuang. Jadi untuk melegakan masalah mereka saya jumpa satu antivirus yang BAGUS dan PERCUMA.

Nama antivirus ini ialah PANDA CLOUD. Ianya sebuah perisian antivirus yang RINGAN, SELAMAT dan MUDAH. Ianya sangat RINGAN hinggakan kita tidak merasa terganggu ketika melayari internet dan ketika menggunakan komputer walaupun antivirus ini sedang beroperasi sebenarnya. Ianya SELAMAT kerana ia akan mengesan semua jenis virus walaupun virus baru dengan bantuan daripada server PandaLabs. Ianya MUDAH kerana selepas kita install antivirus ini kita tidak perlu lagi sibuk-sibuk untuk sentiasa kemaskini definisinya kerana ianya dilakukan secara automatik. Jadi "install and forget" ^^.



Untuk memuat turun antivirus ini anda boleh lah klik SINI.