Pages

Ads 468x60px

Search

Kata Apa Saja


ShoutMix chat widget

Tajuk Popular

Terkini Di Komen

Unique User

Stats



Wednesday, July 29, 2009

Editing Lebih Mudah Dengan PhotoScape



Selama ini saya tidak pernah tahu pun ada perisian percuma yang bernama PhotoScape ni. Punya lah "katak di bawah tanah" saya ni. Apa yang saya tahu jika nak edit gambar dengan mudah saya perlu guna Photoshop. Tu pun tak mudah mana sebab kalau sesiapa yang mula-mula berkenalan dengan Photoshop ni mmg terkebil-kebil lah tengok segala macam menu yang ada (saya pun beli buku untuk belajar).

Semalam semasa singgah di blog Rjuna dan baru saya tau perisian PhothoScape ni dapat memudahkan kerja editing gambar saya. Sampai sekarang saya masih tidak tahu macam mana nak hasilkan kesan fhoto lama menggunakan Photoshop tetapi semalam saya dapat buat dengan PhotoScape. Tidak perlu pening kepala, cuma gunakan filter antique photo dan semua selesai. Nak buat animated banner/ button pon tidak sesusah yang saya fikirkan. Dalam masa tak sampai 10 minit satu button untuk blog sudah berjaya saya hasilkan (sila lihat di sidebar kanan).

Jika anda ingin mencuba PhotoScape ini bolehlah ke laman rasminya di www.photoscape.org dan muat turun perisian ini dengan percuma. Anda pasti suka dengan kepelbagaian perisian percuma ini.

Ps: Gambar untuk entri ini juga diedit menggunakan PhotoScape ^^ .

0 comments:

Post a Comment