Sejak saya bekerja kendalikan projek KTAK-USP ni user selalu mengadu yang mereka tidak dapat untuk membuang virus-virus yang terdapat di dalam pendrive masing-masing kerana antivirus Symantec yang diberikan untuk projek ini hanya dapat kesan virus dan kuarantin. Ianya tidak boleh disembuhkan atau dibuang. Jadi untuk melegakan masalah mereka saya jumpa satu antivirus yang BAGUS dan PERCUMA.Nama antivirus ini ialah PANDA CLOUD. Ianya sebuah perisian antivirus yang RINGAN, SELAMAT dan MUDAH. Ianya sangat RINGAN hinggakan kita tidak merasa terganggu ketika melayari internet dan ketika menggunakan komputer walaupun antivirus ini sedang beroperasi sebenarnya. Ianya SELAMAT kerana ia akan mengesan semua jenis virus walaupun virus baru dengan bantuan daripada server PandaLabs. Ianya MUDAH kerana selepas kita install antivirus ini kita tidak perlu lagi sibuk-sibuk untuk sentiasa kemaskini definisinya kerana ianya dilakukan secara automatik. Jadi "install and forget" ^^.



Untuk memuat turun antivirus ini anda boleh lah klik SINI.
0 comments:
Post a Comment