Pages

Ads 468x60px

Search

Kata Apa Saja


ShoutMix chat widget

Tajuk Popular

Terkini Di Komen

Unique User

Stats



Thursday, June 18, 2009

Edit Gambar Lama dengan Photoshop

Salam,

Sebelum itu, saya sebenarnya bukan lah seorang yang pakar dalam teknik Photoshop ni. Cuma ini sedikit ilmu yang saya dapat dari pembacaan dan rakan-rakan yang dah otai dalam PS ni. Teknik yang saya nak ajar ni adalah lebih kepada teknik CUBA JAYA atau TRY N ERROR. Jika ada sesiapa yang membaca tuto ini dan mempunyai teknik yang lebih best dan simple untuk mendapatkan hasil yang sama boleh lah berkongsi dengan saya ye =) . Tuto ini berkaitan dengan entri saya beberapa hari lepas berkenaan Hasil Edit Gambar Lama Guna Kedaifoto Adobe (Adobe Photoshop). Mula-mula ingat tak nak buat tuto sebab segan pun ada tapi bila dah ada yang request kena lah saya buat juga sebab ilmu memang untuk dikongsi walaupun sedikit.

Apa yang saya buat ialah:

1) Buka gambar yang telah discan.
2) Klik Image > Auto Color.

1

Hasilnya gambar anda yang pudar dan sewarna tadi akan bertukar menjadi lebih berwarna warni dengan warna asal fhoto. Tetapi ingin saya nyatakan di sini tidak semua gambar lama akan menunjukkan warna asal selepas kita buat Auto Color ini.

1-1

3) Klik Image > Adjustment > Shadows/Highlights. Teknik ini boleh menerangkan sedikit background gambar yang agak gelap. Jadi anda boleh lah set Shadows atau Highlights untuk gambar anda mengikut kesesuaian fhoto anda.

2
3

4) Untuk menambah cantikkan gambar lama ni, kita boleh tambahkan sedikit Contrast bagi menyerlahkan lagi warna yang apa pada gambar ini. Hanya perlu klik Image > Adjustment > Brightness/Contrast. Set mengikut kesesuaian fhoto anda.

4

5) Untuk menghijaukan lagi warna daun di dalam gambar itu saya suka gunakan Vibrance. Caranya klik Image > Adjustment > Vibrance. Anda boleh set Vibrance dan Suration mengikut kesesuaian fhoto anda.

Itu saja lah yang saya buat untuk edit gambar lama ayah tu. Sesiapa yang ada teknik yang lagi mantop boleh le kongsi =) .

0 comments:

Post a Comment