Saya pasti ramai diantara korang semua yang pernah menghadapi masalah bila on je PC tapi display tak keluar. Pendek kata takde keluar gambar apa² pon di monitor korang. Memang masalah ni la yang biasa saya hadapi masa praktikal kat kedai komputer dulu. OK. Bila jadi mcm ni ada beberapa step yang korang semua boleh buat sebelum korang boleh ambil keputusan untuk hantar ke kedai komputer. Sekurang²nya kalau cara ni leh selesaikan masalah ni tak payah le nak keluar duit hantar kat kedai.
1. Periksa sama ada monitor korang tu ada power ke tak. Nak tau senang je. Tekan butang on di monitor korang tu. Kalau lampu kat sebelah butang tu menyala maknanya ok le monitor tu. Kalau tak menyala cek sama ada korang dah on suis ke belum. Kalau suis dah on tapi lampu pada monitor korang tak menyala gak cek pulak kabel power yang menyambungkan monitor ngan suis tadi. Cuba tukar dengan kabel power lain (kalau ade la. Pinjam kejap kabel power PC pon boleh gak kalo nak test). Kalo tak boleh juga maknanya monitor korang tu ada masalah la n hantar le ke kedai utk repair.
2. Kalau monitor ok tapi masih takde display ada beberapa kemungkinan. Pertama mungkin RAM problem. Kedua bagi yang guna display onboard (tak guna display card) mungkin port display di motherboard tu problem dan ketiga bagi yang guna display card plak mungkin display card tu problem. So, kita kena periksa semua kemungkinan ni.
3. Untuk RAM, cabut RAM tu dan gosok kakinya yang berwarna emas tu dengan menggunakan pemadam. Biasanya RAM ni jarang orang buka jadi kakinya dah diselaputi habuk. Bila habuk dah banyak melekat dekat kaki RAM tu komputer tak dapat nak detect RAM tu. Lepas dah gosok sampai bersih kaki RAM tu pasang semua RAM di slotnya tadi dan cuba onkan PC. InsyaAllah kalau itu masalahnya, display akan kelihatan seperti biasa.Kalau display tak keluar juga, cuba tukar RAM tadi ke slot yang lain yang masih kosong. Kadang² slot problem juga boleh menyebabkan RAM tak detect. Tapi perlu diingat, semasa membersihkan kaki RAM tu tangan janganlah sentuh kaki emas RAM tu. Takut rosak pulak RAM tu.
4. Untuk yang menggunakan display card, kalau langkah 3 tak jadi juga korang leh lah buat langkah 3 dekat display card korang. Bersihkan kaki emas display card tu. Mungkin dah lama tak servis habuk pon dah berlambak dlm PC korang. Kalau tak jalan jugak mungkin display card tu rosak dan kenalah beli display card baru.
5. Kalau yang guna display di motherboard jalan penyelasaiannya beli lah display card dan pasanglah di slot PCI atau AGP korang. InsyaAllah akan ada display semula. Kalao takde slot² tu kena la beli motherboard baru.
Jika semua langkah diatas korang dah buat tapi tak keluar display jugak, bawa lah komputer korang ke klinik komputer yang berhampiran untuk diperiksa oleh dokter yang lebih pakar.
0 comments:
Post a Comment